Ahad, Februari 01, 2009

Isu Semasa Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan

Pertama, berkenaan dengan isu pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Mengapa Kementerian Kesihatan tidak mengelolakan sendiri PTK anggota mereka dan menyerahkan pengurusannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam?

Pegawai JPA memaklumkan bahawa KKM tidak sanggup menguruskan PTK kerana kakitangan tidak mencukupi. Untuk rekod ketika ini terdapat lebih kurang 9 000 anggota Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat di KKM.

Tindakan: Kesatuan telah memaklumkan isu ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian pada 4 November 2008.

Kedua, mutakhir ini terdapat ramai Pembantu Tadbir yang memiliki Sarjana Muda dan Diploma. Memandangkan gaji gred N17 bertaraf SPM, apakah terdapat cadangan dari kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemegang ijazah?

Ketiga, berkenaan dengan isu BITK. Mengapa anggota diwajibkan mengambil peperiksaan sebelum layak mendapat elaun BITK sebanyak RM 80?

Satu Perbandingan: EPF & Skim Pencen

A) Asas Perundangan

EPF
1.0 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452)

Skim Pencen
1.0 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); dan
2.0 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

B) Skim Caruman

EPF
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

Skim Pencen
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

C) Pemberian Taraf Berpencen

EPF
Tiada istilah Pemberian Taraf Berpencen

Skim Pencen
Taraf pekerja berpencen diberi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pekerja disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan.

D) Faedah Perubatan

EPF
Tiada

Skim Pencen
Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, sekiranya diterima pakai oleh Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berkenaan.

Sumber Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009