Ahad, Oktober 31, 2010

Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Selayang Baru Sesak

Klinik Kesihatan Sungai Buloh terpaksa menampung lebih kurang 700 pesakit sehari, kebanyakannya bukanlah penduduk tetap Sungai Buloh, ada yang datang dari Kota Damansara, Subang dan kawasan sekitarnya.

Ini menyebabkan beban kerja mereka bertambah.

Begitu juga di Selayang Baru, jika dilihat pada prasarananya mungkin kita tidak menyangka klinik usang ini boleh wujud di kawasan Lembah Klang.

Tidak adakah usaha untuk menambah klinik?

Bajet 2011. RM 500 Saguhati Untuk Warga Kerja

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan (Keptakes) telah memiliki Facebook. Selamat menyertai dan berdiskusi.

Khamis, November 26, 2009

Blog Ini Kembali

Setelah terlalu lama tanpa kemas kini, sekarang blog Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan kembali beroperasi.

Sabtu, Mei 16, 2009

Bernama: Pelaksanaan Rawatan Methadone Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sejak 2002 Malaysia dengan jayanya melaksanakan Terapi Gantian Dadah (DST) dengan mensasarkan kepada penagih heroin, bagaimanapun masih wujud keraguan terhadap kaedah rawatan bukan orthodoks ini.

Sehinggakan ada yang membidas bahawa DST ialah kaedah 'membunuh secara perubatan' bagi membanteras satu daripada gejala sosial negara sementara yang lain pula mengutuk idea menggantikan satu ketagihan dengan lain.

Tetapi bagi mereka yang mempelopori bidang perubatan ketagihan di Malaysia, sependapat dengan rakan-rakan mereka di seluruh dunia, bahawa kaedah rawatan ini merupakan pendekatan terbaik bagi penagih heroin dan masyarakat.

Penagihan dadah merupakan gangguan kronik otak yang menjejaskan fungsi psikologi and fisiologi pengguna dadah.

DST menawarkan kepada penagih, sejenis dadah yang sah daripada segi undang-undang, yang lazimnya terdiri daripada opiod sintetik seperti Buprenophine dan Methadone yang menghentikan ketagihan dan simptom `withdrawal' yang membolehkan mereka meneruskan dengan kehidupan.

Secara ringkas, ketagihan boleh dikawal dengan beralih daripada dadah haram kepada yang diperoleh daripada doktor, hospital serta saluran pembekalannya yang sah.

MDST SATU PENDEKATAN PRAGMATIK

Prof Dr Mohamad Hussain Habil, Pakar Ketagihan dan Pakar Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, semasa satu bengkel media baru-baru ini mengenai Methodone DST (MDST) menjelaskan mengenai kelebihan dan tanggapan sinis terhadap DST.

Beliau mendapati ini mungkin satu-satunya langkah pragmatik jangka panjang dalam membantu penagih untuk meneruskan dengan kehidupan dan pada masa yang sama membantu mengatasi banyak daripada masalah yang berkaitan dengan penagihan dadah - jangkitan HIV, perlakuan jenayah dan kemerosotan nilai-nilai sosial.

Walaupun tempoh minimum rawatan MDST antara 2-4 tahun disyorkan bergantung kepada penagih, ada yang perlu mengambil dadah gantian ini bagi tempoh yang lebih lama dan terdapat laporan di mana penagih terpaksa bergantung kepada dadah gantian ini buat selama-lamanya. Ini menimbulkan kebimbangan kepada ramai.

Prof Dr Mohamad berpendapat kebingungan terhadap MDST ialah kerana kurangnya kefahaman mengenai penagihan dan proses pemulihan. "Saya juga tahu ada ibu bapa penagih yang kurang senang dengan tindakan menggantikan satu bentuk ketagihan dengan satu lagi," tambah Prof Dr Mohamad yang menunjukkan kebimbangan ramai terhadap DST.

Kata-kata kritikan dan gangguan pihak berkuasa yang dihadapi penagih yang mengambil Methadone menjadi penghalang kepada usaha memperluas program MDST supaya ia dapat dicapai lebih ramai penagih. "Bagaimanapun, kami sedia membantu kerajaan dalam memperluas MDST.

Buat masa ini program MDST hanya meliputi 5,000 penagih dan kami mahu menyaksikannya diperluas meliputi 20,000 penagih menjelang 2010," kata beliau.

Projek perintis MDST dilancarkan pada 2005 membabitkan 1,240 pesakit di lapan hospital kerajaan, dua klinik kesihatan masyarakat and tujuh klinik persendirian.


Program ini mencatatkan kadar pengekalan penagih yang baik hingga 90 peratus pada tahun pertama, satu pencapaian besar apabila dibandingkan terhadap standard kadar pengekalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 55-60 peratus.

Lagipun, 73 peratus daripada pesakit juga bekerja. Ekoran kejayaan ini kerajaan merancang untuk merawat 75,000 pesakit menjelang 2015.

MDST DALAM GAMBARAN YANG LEBIH BESAR

Sementara itu, Dr Mohd Khafidz Hj Mohd Ishak presiden Persatuan Insaf Murni (sebuah NGO yang merupakan anggota gabungan Majlis Aids Malaysia dan yang menjalankan MDST, selain daripada program pertukaran jarum dan picagari kalangan penagih di Selangor) berkata penagih perlu mengambil Methadone dalam bentuk cecair setiap hari untuk mengawal ketagihan dan ini lebih kurang sama dengan bagaimana kita mengawal penyakit lain pada tubuh, sebagai contoh diabetes.

Mengenai kesan sampingan Methadone, sehingga ini belum ada lagi kesan teruk dikenal pasti dan ketagihan terhadap Methadone juga jarang didapati.

Satu lagi elemen penting yang ditunjukkan oleh Dr Mohd Khafidz ialah MDST membenarkan rawatan di dalam komuniti, yang akan menggalakkan lebih ramai penagih untuk tampil mendapatkan rawatan secara sukarela.

Kaedah lama iaitu mengurung mereka adalah tidak produktif. Sementara menjalani rawatan MDST, mereka boleh bekerja dan meneruskan dengan kehidupan.

Lagipun, rawatan methadone turut memutuskan bekalan dadah haram dan ini dalam tempoh jangka panjang boleh membantu mengurangkan bilangan penagih.

STATUS SEMASA MDST DI MALAYSIA

Penyelaras Pusat Sains Ketagihan Malaya dan Klinik Penyelidikan Methadone Universiti Malaya Dr Rusdi Abdul Rashid menarik perhatian bahawa dos Methadone yang sesuai bagi penagih di Malaysia ialah antara 80-160mg setiap hari.

Bagaimanapun, memandangkan Methadone mahal dan bekalannya terkawal, para penagih di klinik-klinik yang dikendalikan kerajaan hanya menerima antara 60-80mg, sementara di klinik swasta, dos yang diberi lebih rendah, iaitu 30-40mg.

Rawatan MDST di klinik dan hospital kerajaan adalah percuma tetapi penagih baru tidak lagi diterima memandangkan sambutan di luar dugaan dan sumbernya terhad.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan yang mengendalikan DST sejak 2003, Dr Musa Jantan berkata dos 45mg sehari di klinik swasta yang mengendalikan MDST berharga RM30 tetapi mereka yang menerima rawatan hanya perlu membayar RM10.

Dr Musa yang merupakan penasihat Pendamai, sebuah NGO bagi penagih dadah di Melaka, yakin pendekatan ini pasti membawa hasil yang lebih baik. "Di sebalik diasingkan daripada masyarakat di pusat pemulihan yang bilangannya terhad, MDST membenarkan penagih dadah untuk meneruskan kehidupan normal mereka, bekerja dan menyumbang kepada masyarakat tanpa dilihat sebagai penjenayah ataupun sampah masyarakat.

Walaupun beliau dan rakan-rakan ada kalanya patah semangat kerana kritikan awam dan gangguan pihak berkuasa terhadap penagih yang mengambil Methadone, lebih ramai pengamal perubatan swasta menunjukkan minat untuk membantu penagih.

SATU PENILAIAN MDST DI MALAYSIA OLEH PAKAR AUSTRALIA

Dr Alex Wordak, seorang doktor pakar dan pengarah Perkhidmatan Alkohol dan Dadah di St.Vincent's Hospital, Sydney, Australia sejak 1982 mendapati program MDST Malaysia terlalu kecil memandangkan ia hanya meliputi 5 peratus daripada penagih."Untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan, program ini mesti meliputi sekurang-kurangnya 60 peratus daripada penagih," katanya.

Pada waktu yang sama perlu ada subsidi yang lebih lagi bagi MSDT memandangkan ia satu program rawatan yang mahal. Beliau berkata oleh kerana kos tinggi yang terbabit, dos Methadone yang disyorkan di sini jauh sangat rendah.

Beliau juga menekankan peranan MDST dalam mencegah jangkitan HIV. Mengenai pengalaman Australia dengan MDST, Dr Wordak berkata di negara itu dua pertiga daripada penagih hidup agak normal dan bebas selepas menjalani rawatan selama dua tahun. "Walaupun begitu, seperti di tempat lain masih terdapat tanggapan salah mengenai MDST di kalangan umum di Australia," jelas beliau.

Dr Wordak juga menunjukkan adalah penting kita mengubah persepsi terhadap mereka yang mengambil dadah dan menghormati hak asasi mereka. Selama ini kita menganggap mereka sebagai penjenayah, masalah mereka sebagai masalah kesihatan dan sosial. Tetapi kita lupa mereka ialah anak lelaki/anak perempuan/ibu/bapa/bapa saudara kepada seseorang.

Apa yang penting ialah mereka diberi laluan bagi peluang mendapatkan rawatan yang akan membolehkan mereka meneruskan dengan kehidupan bersama keluarga, sahabat dan masyarakat, yang merupakan satu situasi saling menguntungkan bagi semua.-- BERNAMA

Ulasan: Apakah pendapat doktor di tempat kerja anda?

Influenza A Mula Menyerang Malaysia

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut. "Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua.

Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya. "Daripada 192 penumpang, seramai 119 masih berada di negara ini, melibatkan 81 warganegara Malaysia dan 38 bukan warganenegara. Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan masing-masing ke luar negara pada tarikh yang sama, 13 Mei," katanya.

Kementerian juga, katanya telah menerima panggilan daripada 35 penumpang yang menaiki penerbangan tersebut untuk tujuan pengesahan. "Selain menerima panggilan terus, kami juga edarkan senarai penumpang yang masih berada di negara ini kepada semua Jabatan Kesihatan negeri bagi tindakan segera," katanya.

Di bawah langkah yang sama, Dr Ramlee berkata tiga penumpang yang transit di negara ini pada 13 Mei lepas sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke destinasi mereka semalam telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemerhatian.

"Mereka akan dikuarantin sehingga 20 Mei ini dan kita akan aturkan penerbangan mereka selepas itu," katanya.

Sementara itu, Dr Ramlee berkata kementerian juga akan mengeluarkan laporan harian berhubung penularan wabak meningitis yang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka serta wabak leptospirosis di Pulau Pinang. "Orang ramai tidak perlu panik kerana apabila ada wabak baru yang dikesan, ini menunjukkan sistem kesihatan negara kita berada pada tahap yang sangat baik."

Kementerian akan memastikan semua langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dengan serius untuk menangani perkara ini," katanya.-- BERNAMA

Ulasan: Sebagai langkah berjaga - jaga, semua petugas di bahagian pendaftaran klinik dan hospital perlu memakai 'mask'. Setuju?

Jumaat, Mei 15, 2009

Soalan Minggu 1

Mengikut peraturan semasa, setiap pesakit wajib membawa dokumen pengenalan diri sewaktu mendaftar di Klinik Kesihatan.

Namun, terdapat segelintir ibu yang tidak membawa MyKid / Surat Beranak ketika mahu mendaftarkan anak mereka. Kebiasaannya Pembantu Tadbir akan mendaftarkan anak tersebut menggunakan nombor kad pengenalan ibunya.

Persoalannya adalah:

Pertama, bagaimana jika perempuan tersebut bukannya ibu kepada anak tersebut, sebaliknya dia adalah penculik budak?

Kedua, apakah kita harus menolak pendaftaran anak tersebut dan mengarahkannya pulang?

Ketiga, apakah kita harus memberikan pensel dan kad OPD kepada ibu dan mengarahkannya menulis sendiri butir - butir anaknya?

Sabtu, Mei 09, 2009

Isu Perkhidmatan Kesihatan Awam Dalam Rancangan 360

Beberapa pegawai perubatan, doktor, menghantar emel kepada saya menyatakan ketidakpuasan hati mereka berhubung paparan program '360', 6 Mei 2009 bertajuk ‘Suka duka layanan di hospital kerajaan’. Mereka mendakwa media bukan saluran terbaik untuk mengkritik golongan profesional.


360 hanya memaparkan antara ribuan komen dilontarkan masyarakat berhubung kualiti perkhidmatan ditawarkan pihak hospital. Bukan SEMUA hospital, hanya SEBILANGAN sahaja.

Antara isu diutarakan, masa menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan dan cemuhan dilemparkan sebilangan kakitangan hospital semasa wanita bersalin.


Dari awal siaran saya secara jelas menyatakan premis paparan terbabit, masyarakat tidak menyalahkan SEMUA kakitangan hospital, hanya SEBILANGAN daripada mereka.


Adakah wajar suara pesakit tidak harus didedah dan diendahkan?



Dipetik dari blog www.mazidulakmal.blogspot.com



Apa pula pandangan kakitangan Kementerian Kesihatan?

Dari Blog Syed Shahir

PETALING JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) wants the workers’ demands to be seriously looked into and solutions implemented.For starters, the congress which turns 60 this year wants to meet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who assumed the country’s leadership recently.

“The MTUC is prepared to have a dialogue with the new leadership on workers’ issues,” said congress president Syed Shahir Syed Mohamud after attending the MTUC national-level Workers Day celebrations at the Subang Jaya Municipal Council Sports Complex here yesterday.

He added that the current government leadership should be “caring” to the workers’ needs in the country.
Read More Here.

Ahad, Februari 01, 2009

Isu Semasa Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan

Pertama, berkenaan dengan isu pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Mengapa Kementerian Kesihatan tidak mengelolakan sendiri PTK anggota mereka dan menyerahkan pengurusannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam?

Pegawai JPA memaklumkan bahawa KKM tidak sanggup menguruskan PTK kerana kakitangan tidak mencukupi. Untuk rekod ketika ini terdapat lebih kurang 9 000 anggota Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat di KKM.

Tindakan: Kesatuan telah memaklumkan isu ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian pada 4 November 2008.

Kedua, mutakhir ini terdapat ramai Pembantu Tadbir yang memiliki Sarjana Muda dan Diploma. Memandangkan gaji gred N17 bertaraf SPM, apakah terdapat cadangan dari kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemegang ijazah?

Ketiga, berkenaan dengan isu BITK. Mengapa anggota diwajibkan mengambil peperiksaan sebelum layak mendapat elaun BITK sebanyak RM 80?

Satu Perbandingan: EPF & Skim Pencen

A) Asas Perundangan

EPF
1.0 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452)

Skim Pencen
1.0 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); dan
2.0 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

B) Skim Caruman

EPF
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

Skim Pencen
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

C) Pemberian Taraf Berpencen

EPF
Tiada istilah Pemberian Taraf Berpencen

Skim Pencen
Taraf pekerja berpencen diberi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pekerja disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan.

D) Faedah Perubatan

EPF
Tiada

Skim Pencen
Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, sekiranya diterima pakai oleh Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berkenaan.

Sumber Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009

Jumaat, Januari 30, 2009

Rancangan Pengangkutan Awam RM 50 Billion

Kerajaan Selangor mengemukakan rancangan pengangkutan awam komprehensif termasuk perkhidmatan keretapi dan bot bagi mengatasi kesesakan yang serius di negeri itu.

Rancangan RM 50 Billion itu turut meliputi program untuk membersihkan Sungai Klang yang bertoksik dan menukarnya kepada laluan air sebagai laluan alternatif untuk warga Selangor, Kuala Lumpur dan pengunjung luar.

"Lebih 90 peratus dari lima juta rakyat Selangor berkereta ke tempat kerja, berbanding jumlah yang sama yang menggunakan pengangkutan awam di Hong Kong." Kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di Singapura dan Manila, separuh penduduk dua bandar itu menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan Selangor mahu meyakinkan pengguna kenderaan supaya beralih kepada sistem bas, bot dan keretapi dalam masa 10 tahun dari sekarang. - SK

Khamis, Januari 29, 2009

Malaysia Bakal Terjejas

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terbaik di rantau ini dikhuatiri bakal terjejas sekiranya kerajaan masih mengekalkan harga gas dan tarif elektrik pada paras semasa.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, pihaknya menaruh harapan agar kerajaan melalui agensi-agensi terbabit segera mempertimbangkan permohonan pihak industri supaya harga gas dan tarif elektrik diturunkan.

Katanya, pertimbangan itu perlu kerana kebanyakan syarikat pelaburan asing di negara ini terlibat dalam sektor kecil tenaga diperbaharui yang memerlukan penggunaan gas yang tinggi.

Kini, Petronas menjual gas kepada sektor tenaga pada harga RM14.31 setiap juta unit termal British (MMBtu) berbanding RM6.40 bagi setiap MMBtu sebelum Julai lalu.

Gas menyumbang 60 peratus kepada penjanaan elektrik manakala arang batu 30 peratus dan hidro di antara lima dan enam peratus dan selebihnya dari sumber tenaga lain.

Sumber Dipetik Dari Utusan.