Khamis, November 26, 2009

Blog Ini Kembali

Setelah terlalu lama tanpa kemas kini, sekarang blog Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan kembali beroperasi.

Sabtu, Mei 16, 2009

Bernama: Pelaksanaan Rawatan Methadone Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sejak 2002 Malaysia dengan jayanya melaksanakan Terapi Gantian Dadah (DST) dengan mensasarkan kepada penagih heroin, bagaimanapun masih wujud keraguan terhadap kaedah rawatan bukan orthodoks ini.

Sehinggakan ada yang membidas bahawa DST ialah kaedah 'membunuh secara perubatan' bagi membanteras satu daripada gejala sosial negara sementara yang lain pula mengutuk idea menggantikan satu ketagihan dengan lain.

Tetapi bagi mereka yang mempelopori bidang perubatan ketagihan di Malaysia, sependapat dengan rakan-rakan mereka di seluruh dunia, bahawa kaedah rawatan ini merupakan pendekatan terbaik bagi penagih heroin dan masyarakat.

Penagihan dadah merupakan gangguan kronik otak yang menjejaskan fungsi psikologi and fisiologi pengguna dadah.

DST menawarkan kepada penagih, sejenis dadah yang sah daripada segi undang-undang, yang lazimnya terdiri daripada opiod sintetik seperti Buprenophine dan Methadone yang menghentikan ketagihan dan simptom `withdrawal' yang membolehkan mereka meneruskan dengan kehidupan.

Secara ringkas, ketagihan boleh dikawal dengan beralih daripada dadah haram kepada yang diperoleh daripada doktor, hospital serta saluran pembekalannya yang sah.

MDST SATU PENDEKATAN PRAGMATIK

Prof Dr Mohamad Hussain Habil, Pakar Ketagihan dan Pakar Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, semasa satu bengkel media baru-baru ini mengenai Methodone DST (MDST) menjelaskan mengenai kelebihan dan tanggapan sinis terhadap DST.

Beliau mendapati ini mungkin satu-satunya langkah pragmatik jangka panjang dalam membantu penagih untuk meneruskan dengan kehidupan dan pada masa yang sama membantu mengatasi banyak daripada masalah yang berkaitan dengan penagihan dadah - jangkitan HIV, perlakuan jenayah dan kemerosotan nilai-nilai sosial.

Walaupun tempoh minimum rawatan MDST antara 2-4 tahun disyorkan bergantung kepada penagih, ada yang perlu mengambil dadah gantian ini bagi tempoh yang lebih lama dan terdapat laporan di mana penagih terpaksa bergantung kepada dadah gantian ini buat selama-lamanya. Ini menimbulkan kebimbangan kepada ramai.

Prof Dr Mohamad berpendapat kebingungan terhadap MDST ialah kerana kurangnya kefahaman mengenai penagihan dan proses pemulihan. "Saya juga tahu ada ibu bapa penagih yang kurang senang dengan tindakan menggantikan satu bentuk ketagihan dengan satu lagi," tambah Prof Dr Mohamad yang menunjukkan kebimbangan ramai terhadap DST.

Kata-kata kritikan dan gangguan pihak berkuasa yang dihadapi penagih yang mengambil Methadone menjadi penghalang kepada usaha memperluas program MDST supaya ia dapat dicapai lebih ramai penagih. "Bagaimanapun, kami sedia membantu kerajaan dalam memperluas MDST.

Buat masa ini program MDST hanya meliputi 5,000 penagih dan kami mahu menyaksikannya diperluas meliputi 20,000 penagih menjelang 2010," kata beliau.

Projek perintis MDST dilancarkan pada 2005 membabitkan 1,240 pesakit di lapan hospital kerajaan, dua klinik kesihatan masyarakat and tujuh klinik persendirian.


Program ini mencatatkan kadar pengekalan penagih yang baik hingga 90 peratus pada tahun pertama, satu pencapaian besar apabila dibandingkan terhadap standard kadar pengekalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 55-60 peratus.

Lagipun, 73 peratus daripada pesakit juga bekerja. Ekoran kejayaan ini kerajaan merancang untuk merawat 75,000 pesakit menjelang 2015.

MDST DALAM GAMBARAN YANG LEBIH BESAR

Sementara itu, Dr Mohd Khafidz Hj Mohd Ishak presiden Persatuan Insaf Murni (sebuah NGO yang merupakan anggota gabungan Majlis Aids Malaysia dan yang menjalankan MDST, selain daripada program pertukaran jarum dan picagari kalangan penagih di Selangor) berkata penagih perlu mengambil Methadone dalam bentuk cecair setiap hari untuk mengawal ketagihan dan ini lebih kurang sama dengan bagaimana kita mengawal penyakit lain pada tubuh, sebagai contoh diabetes.

Mengenai kesan sampingan Methadone, sehingga ini belum ada lagi kesan teruk dikenal pasti dan ketagihan terhadap Methadone juga jarang didapati.

Satu lagi elemen penting yang ditunjukkan oleh Dr Mohd Khafidz ialah MDST membenarkan rawatan di dalam komuniti, yang akan menggalakkan lebih ramai penagih untuk tampil mendapatkan rawatan secara sukarela.

Kaedah lama iaitu mengurung mereka adalah tidak produktif. Sementara menjalani rawatan MDST, mereka boleh bekerja dan meneruskan dengan kehidupan.

Lagipun, rawatan methadone turut memutuskan bekalan dadah haram dan ini dalam tempoh jangka panjang boleh membantu mengurangkan bilangan penagih.

STATUS SEMASA MDST DI MALAYSIA

Penyelaras Pusat Sains Ketagihan Malaya dan Klinik Penyelidikan Methadone Universiti Malaya Dr Rusdi Abdul Rashid menarik perhatian bahawa dos Methadone yang sesuai bagi penagih di Malaysia ialah antara 80-160mg setiap hari.

Bagaimanapun, memandangkan Methadone mahal dan bekalannya terkawal, para penagih di klinik-klinik yang dikendalikan kerajaan hanya menerima antara 60-80mg, sementara di klinik swasta, dos yang diberi lebih rendah, iaitu 30-40mg.

Rawatan MDST di klinik dan hospital kerajaan adalah percuma tetapi penagih baru tidak lagi diterima memandangkan sambutan di luar dugaan dan sumbernya terhad.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan yang mengendalikan DST sejak 2003, Dr Musa Jantan berkata dos 45mg sehari di klinik swasta yang mengendalikan MDST berharga RM30 tetapi mereka yang menerima rawatan hanya perlu membayar RM10.

Dr Musa yang merupakan penasihat Pendamai, sebuah NGO bagi penagih dadah di Melaka, yakin pendekatan ini pasti membawa hasil yang lebih baik. "Di sebalik diasingkan daripada masyarakat di pusat pemulihan yang bilangannya terhad, MDST membenarkan penagih dadah untuk meneruskan kehidupan normal mereka, bekerja dan menyumbang kepada masyarakat tanpa dilihat sebagai penjenayah ataupun sampah masyarakat.

Walaupun beliau dan rakan-rakan ada kalanya patah semangat kerana kritikan awam dan gangguan pihak berkuasa terhadap penagih yang mengambil Methadone, lebih ramai pengamal perubatan swasta menunjukkan minat untuk membantu penagih.

SATU PENILAIAN MDST DI MALAYSIA OLEH PAKAR AUSTRALIA

Dr Alex Wordak, seorang doktor pakar dan pengarah Perkhidmatan Alkohol dan Dadah di St.Vincent's Hospital, Sydney, Australia sejak 1982 mendapati program MDST Malaysia terlalu kecil memandangkan ia hanya meliputi 5 peratus daripada penagih."Untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan, program ini mesti meliputi sekurang-kurangnya 60 peratus daripada penagih," katanya.

Pada waktu yang sama perlu ada subsidi yang lebih lagi bagi MSDT memandangkan ia satu program rawatan yang mahal. Beliau berkata oleh kerana kos tinggi yang terbabit, dos Methadone yang disyorkan di sini jauh sangat rendah.

Beliau juga menekankan peranan MDST dalam mencegah jangkitan HIV. Mengenai pengalaman Australia dengan MDST, Dr Wordak berkata di negara itu dua pertiga daripada penagih hidup agak normal dan bebas selepas menjalani rawatan selama dua tahun. "Walaupun begitu, seperti di tempat lain masih terdapat tanggapan salah mengenai MDST di kalangan umum di Australia," jelas beliau.

Dr Wordak juga menunjukkan adalah penting kita mengubah persepsi terhadap mereka yang mengambil dadah dan menghormati hak asasi mereka. Selama ini kita menganggap mereka sebagai penjenayah, masalah mereka sebagai masalah kesihatan dan sosial. Tetapi kita lupa mereka ialah anak lelaki/anak perempuan/ibu/bapa/bapa saudara kepada seseorang.

Apa yang penting ialah mereka diberi laluan bagi peluang mendapatkan rawatan yang akan membolehkan mereka meneruskan dengan kehidupan bersama keluarga, sahabat dan masyarakat, yang merupakan satu situasi saling menguntungkan bagi semua.-- BERNAMA

Ulasan: Apakah pendapat doktor di tempat kerja anda?

Influenza A Mula Menyerang Malaysia

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut. "Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua.

Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya. "Daripada 192 penumpang, seramai 119 masih berada di negara ini, melibatkan 81 warganegara Malaysia dan 38 bukan warganenegara. Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan masing-masing ke luar negara pada tarikh yang sama, 13 Mei," katanya.

Kementerian juga, katanya telah menerima panggilan daripada 35 penumpang yang menaiki penerbangan tersebut untuk tujuan pengesahan. "Selain menerima panggilan terus, kami juga edarkan senarai penumpang yang masih berada di negara ini kepada semua Jabatan Kesihatan negeri bagi tindakan segera," katanya.

Di bawah langkah yang sama, Dr Ramlee berkata tiga penumpang yang transit di negara ini pada 13 Mei lepas sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke destinasi mereka semalam telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemerhatian.

"Mereka akan dikuarantin sehingga 20 Mei ini dan kita akan aturkan penerbangan mereka selepas itu," katanya.

Sementara itu, Dr Ramlee berkata kementerian juga akan mengeluarkan laporan harian berhubung penularan wabak meningitis yang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka serta wabak leptospirosis di Pulau Pinang. "Orang ramai tidak perlu panik kerana apabila ada wabak baru yang dikesan, ini menunjukkan sistem kesihatan negara kita berada pada tahap yang sangat baik."

Kementerian akan memastikan semua langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dengan serius untuk menangani perkara ini," katanya.-- BERNAMA

Ulasan: Sebagai langkah berjaga - jaga, semua petugas di bahagian pendaftaran klinik dan hospital perlu memakai 'mask'. Setuju?

Jumaat, Mei 15, 2009

Soalan Minggu 1

Mengikut peraturan semasa, setiap pesakit wajib membawa dokumen pengenalan diri sewaktu mendaftar di Klinik Kesihatan.

Namun, terdapat segelintir ibu yang tidak membawa MyKid / Surat Beranak ketika mahu mendaftarkan anak mereka. Kebiasaannya Pembantu Tadbir akan mendaftarkan anak tersebut menggunakan nombor kad pengenalan ibunya.

Persoalannya adalah:

Pertama, bagaimana jika perempuan tersebut bukannya ibu kepada anak tersebut, sebaliknya dia adalah penculik budak?

Kedua, apakah kita harus menolak pendaftaran anak tersebut dan mengarahkannya pulang?

Ketiga, apakah kita harus memberikan pensel dan kad OPD kepada ibu dan mengarahkannya menulis sendiri butir - butir anaknya?

Sabtu, Mei 09, 2009

Isu Perkhidmatan Kesihatan Awam Dalam Rancangan 360

Beberapa pegawai perubatan, doktor, menghantar emel kepada saya menyatakan ketidakpuasan hati mereka berhubung paparan program '360', 6 Mei 2009 bertajuk ‘Suka duka layanan di hospital kerajaan’. Mereka mendakwa media bukan saluran terbaik untuk mengkritik golongan profesional.


360 hanya memaparkan antara ribuan komen dilontarkan masyarakat berhubung kualiti perkhidmatan ditawarkan pihak hospital. Bukan SEMUA hospital, hanya SEBILANGAN sahaja.

Antara isu diutarakan, masa menunggu terlalu lama sebelum mendapat rawatan dan cemuhan dilemparkan sebilangan kakitangan hospital semasa wanita bersalin.


Dari awal siaran saya secara jelas menyatakan premis paparan terbabit, masyarakat tidak menyalahkan SEMUA kakitangan hospital, hanya SEBILANGAN daripada mereka.


Adakah wajar suara pesakit tidak harus didedah dan diendahkan?



Dipetik dari blog www.mazidulakmal.blogspot.com



Apa pula pandangan kakitangan Kementerian Kesihatan?

Dari Blog Syed Shahir

PETALING JAYA: The Malaysian Trades Union Congress (MTUC) wants the workers’ demands to be seriously looked into and solutions implemented.For starters, the congress which turns 60 this year wants to meet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who assumed the country’s leadership recently.

“The MTUC is prepared to have a dialogue with the new leadership on workers’ issues,” said congress president Syed Shahir Syed Mohamud after attending the MTUC national-level Workers Day celebrations at the Subang Jaya Municipal Council Sports Complex here yesterday.

He added that the current government leadership should be “caring” to the workers’ needs in the country.
Read More Here.

Ahad, Februari 01, 2009

Isu Semasa Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan

Pertama, berkenaan dengan isu pengurusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Mengapa Kementerian Kesihatan tidak mengelolakan sendiri PTK anggota mereka dan menyerahkan pengurusannya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam?

Pegawai JPA memaklumkan bahawa KKM tidak sanggup menguruskan PTK kerana kakitangan tidak mencukupi. Untuk rekod ketika ini terdapat lebih kurang 9 000 anggota Pembantu Tadbir yang sedang berkhidmat di KKM.

Tindakan: Kesatuan telah memaklumkan isu ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian pada 4 November 2008.

Kedua, mutakhir ini terdapat ramai Pembantu Tadbir yang memiliki Sarjana Muda dan Diploma. Memandangkan gaji gred N17 bertaraf SPM, apakah terdapat cadangan dari kerajaan untuk memberikan insentif kepada pemegang ijazah?

Ketiga, berkenaan dengan isu BITK. Mengapa anggota diwajibkan mengambil peperiksaan sebelum layak mendapat elaun BITK sebanyak RM 80?

Satu Perbandingan: EPF & Skim Pencen

A) Asas Perundangan

EPF
1.0 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 (Akta 452)

Skim Pencen
1.0 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239); dan
2.0 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238).

B) Skim Caruman

EPF
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap) sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja.

Skim Pencen
1.0 Caruman oleh Kerajaan (majikan) atas kadar 12% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

2.0 Caruman oleh pekerja atas kadar 11% emolumen (iaitu gaji dan imbuhan tetap).

C) Pemberian Taraf Berpencen

EPF
Tiada istilah Pemberian Taraf Berpencen

Skim Pencen
Taraf pekerja berpencen diberi oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selepas pekerja disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan.

D) Faedah Perubatan

EPF
Tiada

Skim Pencen
Kemudahan rawatan dan perubatan di Hospital Kerajaan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, sekiranya diterima pakai oleh Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan berkenaan.

Sumber Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009

Jumaat, Januari 30, 2009

Rancangan Pengangkutan Awam RM 50 Billion

Kerajaan Selangor mengemukakan rancangan pengangkutan awam komprehensif termasuk perkhidmatan keretapi dan bot bagi mengatasi kesesakan yang serius di negeri itu.

Rancangan RM 50 Billion itu turut meliputi program untuk membersihkan Sungai Klang yang bertoksik dan menukarnya kepada laluan air sebagai laluan alternatif untuk warga Selangor, Kuala Lumpur dan pengunjung luar.

"Lebih 90 peratus dari lima juta rakyat Selangor berkereta ke tempat kerja, berbanding jumlah yang sama yang menggunakan pengangkutan awam di Hong Kong." Kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di Singapura dan Manila, separuh penduduk dua bandar itu menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan Selangor mahu meyakinkan pengguna kenderaan supaya beralih kepada sistem bas, bot dan keretapi dalam masa 10 tahun dari sekarang. - SK

Khamis, Januari 29, 2009

Malaysia Bakal Terjejas

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terbaik di rantau ini dikhuatiri bakal terjejas sekiranya kerajaan masih mengekalkan harga gas dan tarif elektrik pada paras semasa.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, pihaknya menaruh harapan agar kerajaan melalui agensi-agensi terbabit segera mempertimbangkan permohonan pihak industri supaya harga gas dan tarif elektrik diturunkan.

Katanya, pertimbangan itu perlu kerana kebanyakan syarikat pelaburan asing di negara ini terlibat dalam sektor kecil tenaga diperbaharui yang memerlukan penggunaan gas yang tinggi.

Kini, Petronas menjual gas kepada sektor tenaga pada harga RM14.31 setiap juta unit termal British (MMBtu) berbanding RM6.40 bagi setiap MMBtu sebelum Julai lalu.

Gas menyumbang 60 peratus kepada penjanaan elektrik manakala arang batu 30 peratus dan hidro di antara lima dan enam peratus dan selebihnya dari sumber tenaga lain.

Sumber Dipetik Dari Utusan.

Rabu, Januari 28, 2009

Opsyen Pencen

Keputusan kerajaan menawarkan opsyen skim pencen kepada anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pengumuman mengenainya November lepas menyebut bahawa mereka berkenaan yang memilih untuk menyertai skim pencen turut menikmati kemudahan perubatan dan ganjaran persaraan selepas bersara seperti yang dinikmati oleh golongan pesara yang lain.

Sehubungan itu, anggota sektor awam perlu membuat pilihan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari, 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Kiong berkata keputusan itu merupakan antara kesan daripada beberapa perubahan dasar baru persaraan dan pencen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk penambahbaikan faedah persaraan bagi kumpulan berkenaan.

Katanya, seramai 66,733 kakitangan awam terlibat setelah dasar baru tersebut diluluskan oleh Dewan Negara dan surat pekeliling bagi penukaran semula opsyen KWSP kepada skim pencen telah dikeluarkan pada 24 Disember.

Bacaan lanjut di laman web Bernama.

Perangi Wabak Denggi

Sejak pertama kali wabak denggi berdarah dikesan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1962 dan kemudiannya di Kuala Lumpur pada 1973, kes-kes membabitkan demam denggi dilaporkan berlaku saban tahun.

Terbaru, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan sebanyak 4,221 kes denggi dengan 12 kematian berlaku dalam tempoh hanya 23 hari sejak awal tahun ini.

Walaupun kes denggi ini adalah bermusim, namun statistik terbaru itu sangat membimbangkan mengambil kira peningkatan kes hampir sekali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Meneliti statistik itu, termasuk laporan sebanyak 46,000 rakyat Malaysia dijangkiti penyakit ini dengan 106 kematian sepanjang tahun lalu, maka adalah wajar untuk kerajaan mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai wabak.

Bacaan selanjutnya klik di sini.

Menangani Krisis Ekonomi - MTUC

Wawancara Bersama Presiden MTUC

Dalam menghadapi krisis ekonomi dunia, pemimpin Malaysia dilihat tidak mempunyai keupayaan menguruskan ekonomi negara serta bersikap dolak dalik, mengatakan Malaysia tidak terkesan dengan Masalah tersebut.

Sedangkan dalam masa sama, pekerja di negara ini terabai. Apa pandangan saudara?

Syed Shahir: Kalau hendak dikatakan negara kita tidak terkesan dengan apa yang dialami dunia, itu tidak betul kerana kita mempunyai hubungan perdagangan dengan Amerika walaupun sebagai 'trading partner'.

Kita ada hubungan dalam 12 peratus, tetapi jangan lupa secara tidak langsung melalui China dan India, kita juga eksport ke kedua - dua negara tersebut, yang kemudiannya mereka mengeksport ke US.

Jadi, apa yang terkesan di sana, sudah pasti akan dirasai juga. Lebih - lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana sudah berlaku pembuangan dan pemberhentian pekerja, walaupun bukan dalam jumlah yang tinggi.

Tapi bukan pemberhentian pekerja sahaja, isu - isu lain macam kerja lebih masa, digalakkan bercuti dan disekat elaun juga sudah kedengaran…

Syed Shahir: Kita juga tahu bahawa kini sudah mula dikurangkan kerja lebih masa, elaun sudah disekat dan pekerja diminta mengambil cuti, yang semuanya ini menekan pekerja.

Ini tidak betul sama sekali. MTUC bimbang, majikan yang tidak terkesan pun akan bertindak memberhentikan pekerja menggunakan alasan berkenaan.

Isunya, pemimpin kerajaan menganggap tiada masalah pemberhentian kerja dan segala macam hambatan ini?

Syed Shahir: Mengenai kepimpinan negara ini satu hal. Inilah disebut sindrom menafikan. Sepatutnya dalam keadaan sekarang, lebih rancak perbincangan dengan majikan, kesatuan sekerja, MTUC untuk mencari jalan bagaimana hendak mengatasi masalah ini.

Kita bukan mahu mengeruhkan keadaan. Negara lain seperti Singapura sudah berbuat demikian. Saya harap kerajaan kita tidak ambil ringan perkara ini kerana kesannya akan lebih teruk.

Kita tidak doakan menjadi teruk, tetapi kita perlu berjaga - jaga.

Pemimpin hari ini hanya mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka bijak memimpin dan mengurus pentadbiran negara.

Wujud sikap bangga diri, ego yang akhirnya akan beri kesan kepada orang ramai. Tidak guna kata kerajaan prihatin sedangkan tidak membantu rakyat yang menghadapi masalah ini.

Tadi Saudara ada menyatakan bahawa kebergantungan negara kepada Amerika walaupun sedikit, yang menyebabkan kita turut terpalit. Mungkinkah Malaysia mempunyai pelan ekonomi sendiri yang lebih terancang bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan?

Syed Shahir: Memang sepatutnya apabila kita dalam keadaan mewah, kita perlu berhemah. Jangan berbelanja sesuka hati. Tidak perlu ambil kaedah ekonomi yang besar - besar.

Ambil yang 'simple' sahaja. Bila ada keuntungan kita simpan supaya beringat di masa akan datang.

Kita sebenarnya kaya, menabung dengan baik, tidak membazir dengan projek mewah yang tidak memberi manfaat. Apabila zaman meleset, tabungan tersebut boleh membantu.

Kita perlu ingat, tidak selalunya hari itu panas. Adakalanya akan hujan juga.

Apabila sudah berlaku begini, apakah langkah awal yang boleh dilakukan kerajaan bagi menangani keadaan ini, khususnya dalam tempoh terdekat, membantu dengan kadar segera mereka yang diberhentikan?

Syed Shahir: Dalam hal pekerja ini, sama ada soal diberhentikan mahupun hak pekerja, MTUC sudah lama mengusulkan pelbagai cadangan untuk diberi perhatian oleh kerajaan.

Namun, tidak diberi perhatian. Dalam hal ini (pemberhentian pekerja), MTUC sudah lama menyarankan kerajaan agar menubuhkan dana atau tabung pemberhentian pekerja, di mana ia dapat membantu pekerja dengan kadar segera.

Rasanya sudah 8 atau 9 isu Tabung Pemberhentian Pekerja ini diperjuangkan MTUC? Apa respons kerajaan?

Syed Shahir: Sampai sekarang tiada apa - apa reaksi. Begitu juga dengan pampasan sedia ada untuk pekerja yang diberhentikan. Bagi MTUC pampasan sedia ada tidak mencukupi dan minta kerajaan naikkan dengan kadar yang lebih sesuai. Itu pun tidak dihiraukan.

Jika Valucap boleh disuntik dengan dana KWSP, mengapa tidak rakyat Malaysia?

Inilah masanya membuktikan kerajaan benar - benar prihatin.

Selangor bertindak menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini, khususnya sebagai usaha mencari ruang pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan di negeri itu. Wajarkah negeri - negeri lain mengikut langkah tersebut?

Syed Shahir: Dasar itu sebenarnya cadangan MTUC. Sudah lama MTUC mencadangkan perkara tersebut. Bukan sahaja di Selangor.

Baguslah apa yang sudah dilakukan kerajaan negeri itu. Dan saya berterima kasih kepada mereka.

Harapnya, selepas ini kita boleh berhubungan baik dengan Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Dan apa yang dibuat kerajaan negeri Selangor ini sebagai isyarat bahawa kerajaan negeri boleh berbuat sesuatu demi kebaikan rakyatnya dan berharap kerajaan pusat turut memikirkan langkah proaktif bagi menyelesaikan isu ini.

Terdapat saranan supaya pengambilan tenaga kerja asing dihentikan bagi mengimbangi masalah ini. Apa pandangan MTUC berkenaan perkara ini?

Syed Shahir: Saya tidak menentang sama ada pekerja itu dari luar atau dalam. Tetapi dalam suasana hari ini, kita tidak mahu polisi yang kadang kalanya dikecualikan selepas itu.

Lebih - lebih lagi apabila ada pihak yang merayu, mereka akan terima semula.

Kita tidak mahu begitu. Bagi saya, dasar atau polisi yang dibuat itu perlu tetap dan tegas dan tidak terpilih serta berkecuali kepada mana - mana pihak. Perlu tegas.

Namun dalam soal hak mereka sebagai pekerja, MTUC tidak boleh bersikap berkecuali. Siapa sahaja mereka, sama ada pekerja asing mahupun tempatan, jika mereka teraniaya, ia perlu dibantu.

Mereka juga manusia, makhluk Allah yang perlu pembelaan apabila dianiaya oleh mana - mana pihak.

Berlaku kes majikan memecat pekerja tanpa notis, seperti yang berlaku di Negeri Sembilan. Adakah wujud undang - undang bagi majikan yang bertindak sedemikian?

Syed Shahir: Kalau itu, tidak boleh. Tapi mereka yang dipecat itu boleh memfailkan tentang ketidakadilan di pihak tertentu seperti Jabatan Perusahaan, Jabatan Kerja Manusia.

Mereka juga boleh memfailkan saman bagi mendapatkan hak mereka sebagai pekerja.

Sebab itu sebelum ini saya kata, kita perlu berhati - hati menangani isu ini seperti kenyataan - kenyataan media atau sebagainya, bagi mengelakkan segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan alasan krisis ekonomi untuk menekan pekerja. Itu yang kita tidak mahu.

[Wawancara ini dipetik dari Fikrah Edisi Isnin]

Pakej Rangsangan Singapura RM 49 Billion

Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam mengatakan pakej rangsangan berjumlah S$ 20.5 Billion (RM 49.25 Billion) yang disediakan kerajaan ketika ini tidak akan segera memulihkan kemelesetan ekonomi negara ini secara serta merta.

"Kemelesetan adalah masalah global dan kita mesti melihat pada kontrak eksport, peningkatan pengangguran, di mana pertumbuhan ekonomi kekal rendah selama beberapa bulan dan mungkin sepanjang tahun." Kata Hsien Loong.

Bagaimanapun beliau mendakwa pakej rangsangan yang disediakan itu mampu membantu mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi.

Ekonomi Singapura dijangka menjunam sebanyak 5 peratus pada tahun ini dan merupakan kemelesetan terburuk pernah melanda negara ini.

Pada minggu lalu buat pertama kalinya kerajaan mengumumkan untuk menyediakan pakej rangsangan kewangan bagi membantu syarikat - syarikat yang berdepan krisis kewangan, selain menyelamatkan sektor pekerjaan.

Singapura turut berusaha meningkatkan kadar kelahiran negara ini dengan menggalakkan golongan muda mempunyai anak, di samping menyediakan insentif berupa potongan cukai bagi pasangan yang memiliki anak.

Tahun Baru Cina 2009

Masyarakat Cina percaya kedatangan tahun Lembu dikatakan akan membawa pelbagai perubahan positif, baik daripada segi ekonomi, politik, semasa mahupun kehidupan seharian.

Walaubagaimanapun tahun ini bukanlah tahun untuk bersenang lenang kerana mereka perlu mempunyai usaha dan keazaman yang kuat untuk mencapai matlamat.

Simbol lembu itu sendiri bermaksud bekerja kuat dan bertungkus lumus.

Lembu dikaitkan dengan simbol kekuatan, keazaman serta tidak berputus asa dalam mencapai sesuatu matlamat dan insan yang lahir pada tahun ini dipercayai mempunyai pendirian teguh, bertanggungjawab dan boleh diharap.

Tahun lembu adalah berunsur air yang bermaksud bersifat baik seperti boleh diharapkan, tenteram, berperaturan, sabar, rajin, bercita - cita, konvensional, tenang, sopan, logik, tegas dan kuat.

Bagaimanapun terdapat sikap negatif bagi tahun lembu ini iaitu degil, berfikiran sempit, materialistik, tegar dan suka mendesak. Namun sikap - sikap negatif ini boleh dielak dengan sentiasa berfikiran positif dan menanam keazaman yang kuat untuki mencapai matlamat dan impian.

Jumaat, Januari 23, 2009

Persaraan Perkhidmatan Awam

Bilakah seseorang anggota perkhidmatan awam boleh memohon persaraan pilihan?

Seksyen 12, Akta Pencen 1980 (Akta 227), memperuntukkan kemudahan untuk anggota perkhidmatan awam bersara secara pilihan (“optional retirement”) sekiranya berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh persaraan yang dipohon dan beliau mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira tidak kurang daripada 10 tahun.

Bagi maksud untuk menentukan mula pencen boleh dibayar kepada pesara pilihan, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 12 (3) Akta 227 memperuntukkan seperti berikut:

(i) Bagi anggota yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan mula dibayar pada 50 tahun bagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagi pegawai perempuan; termasuk pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat rendah dan ke bawah; pegawai polis berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis; pegawai penjara berpangkat rendah daripada Penguasa; dan jururawat lelaki di hospital mental.

(ii) Bagi anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, pencen akan dibayar pada umur bersara wajib yang terpakai baginya iaitu sama ada pada umur 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun.

Isu Caruman KWSP

MTUC Executive Committee at its meeting on 17th November 2008 discussed at length the strong objections raised by 230 affiliates representing 550,000 workers against YAB Finance Minister’s arbitrary decision, to reduce the rate of workers’ contribution to the EPF by 3%. Read more here.

Isu Gaji Minima – MTUC

IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI (Ledang) meminta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilakah kerajaan akan menguatkuasakan gaji minima dalam semua sector pekerjaan memandangkan permintaan kuat keatasnya sekarang.

JAWAPAN: YB MENTERI SUMBER MANUSIA

Kadar gaji sektor swasta di negara ini ditentukan mengikut kuasa pasaran(market forces). Penetapan ini dibuat berdasarkan kepada permintaan dan penawaran(supply and demand).

Ini bagi memastikan negara sentiasa kompetitif dalam persaingan ekonomi diperingkat global. Institute for Management Development (IMD) World Competitiveness Yearbook pada tahun 2007 melaporkan bahawa kedudukan Malaysia adalah di tempat ke-23 daripada 55 buah negara dari aspek daya saing. Berdasarkan kepada laporan tersebut, kedudukan ini perlu diperbaiki dan elemen-elemen peningkatan kos tanpa peningkatan produktiviti perlu dielakkan.

Ulasan MTUC sila klik di sini.

Pakej Rangsangan Ekonomi RM 5 Bilion

PUTRAJAYA 22 Jan. - Sebanyak RM5 bilion daripada RM7 bilion peruntukan dalam pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan November lalu telah disalurkan kepada kementerian dan agensi terbabit, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, baki RM2 bilion lagi akan dikeluarkan minggu depan.

"Menjelang minggu depan, sebanyak RM2 bilion lagi akan dikeluarkan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Selasa lalu, Najib mengumumkan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi kedua tidak lama lagi bagi memastikan negara tidak terjerumus ke dalam kancah kemelesetan serius akibat ekonomi global yang semakin merudum.

Ditanya sama ada kerajaan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi kedua dalam masa terdekat berikutan pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.5 peratus oleh Bank Negara Malaysia, Najib menegaskan, ia akan ditentukan mengikut kesesuaian masa atau keadaan.

Buat masa ini, menurutnya, kerajaan mahu memastikan kesemua peruntukan RM7 bilion itu digunakan secepat mungkin.

Justeru, tambah beliau, kesemua kementerian beroperasi diarah mengambil tindakan segera.

Khamis, Januari 22, 2009

Pentingnya Pertolongan Cemas - Utusan

Gaza melalui paparan berita akhbar dan televisyen menunjukkan sesuatu yang diambil mudah kebanyakan penduduk di Malaysia.

Rakyat Palestin yang biasa dengan hentaman bom dan peluru Yahudi dilihat berpengalaman luas dalam memberikan bantuan dan pertolongan kecemasan kepada mangsa yang tercedera.

Setelah lebih setengah abad dijajah dan diserang berulang kali, rakyat Palestin dilihat bersemangat bekerjasama menyelamatkan saudara mereka dengan keberanian merempuh hujan peluru tentera Israel.

Dalam situasi peperangan sebegitu, pengetahuan dalam pertolongan cemas bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa malahan dapat mengelakkan kecederaan lebih teruk seperti lumpuh atau perlu dipotong anggota badan tertentu.

Bagaimanapun, pertolongan cemas bukan hanya untuk ketika perang malahan penting di ketika berlakunya kecemasan atau kemalangan di rumah mahupun di tempat kerja.

Ilmu tanpa panic

Di waktu ketiadaan pakar dan kemudahan perubatan, pertolongan cemas dapat menentukan antara hidup dan mati mangsa.

Pertolongan cemas dapat mengelakkan kehilangan darah yang banyak, bisa merebak atau jangkitan kuman sementara bantuan paramedik tiba untuk dibawa ke hospital.

Mengenali masyarakat majmuk Malaysia yang sememangnya suka membantu, pasti ramai yang tampil membantu tanpa mengharapkan balasan. Namun ada juga segelintir yang hanya 'tolong tengok' sahaja.

Pengurus Jururawat Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Jafrina Hariani Haris Fadillah menjelaskan, 'tolong tengok' adalah lebih baik jika diri sendiri tidak mahir dalam sebarang ilmu pertolongan cemas.

"Adalah lebih baik bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu atau latihan pertolongan cemas untuk membantu mengawal orang ramai dan mendapatkan bantuan.

"Jika cuba menolong tetapi menggunakan cara yang salah, mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan mangsa," katanya.

Beliau menekankan perkara utama di ketika berlakunya kecemasan atau kemalangan adalah untuk tidak panik dan membantu mengikut tahap pengetahuan yang ada.

Tegasnya, pertolongan kecemasan adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa sehingga bantuan tiba, tanpa memburukkan lagi kecederaan yang dialami mangsa.

Selain pekerja bidang perubatan dan kesihatan seperti jururawat, paramedik dan doktor yang perlu mengetahui asas pertolongan cemas, pekerja sektor lain juga perlu mempunyai asas menangani situasi kecemasan yang mungkin timbul dalam bidang pekerjaan mereka.

Tidak mengira bentuk kecemasan, sama ada kebakaran, lemas atau patukan haiwan berbisa, adalah amat penting untuk menguruskannya dengan tenang. Oleh itu, ilmu amat penting bagi membolehkan kita membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa memburukkan lagi keadaan.

Kesedaran

Dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai jururawat bertauliah, Jafrina Hariani menegaskan pertolongan cemas merupakan bantuan serta-merta sebelum paramedik atau doktor tiba untuk membantu mangsa.

"Kini ada juga golongan semuda 23 tahun yang mengalami sakit jantung. Oleh itu, pengetahuan dalam pertolongan cemas elok dipelajari ramai.

"Kesedaran tentang pentingnya ilmu pertolongan cemas perlu ditingkatkan supaya lebih inisiatif diambil untuk mempelajarinya," ujarnya.

Beliau turut menganggap pengetahuan dan latihan pertolongan kecemasan dapat memajukan diri dan menjadikan seseorang itu lebih berkemampuan.

"Empat minit (tempoh otak selamat tanpa oksigen) mungkin menentukan antara hidup dan mati mangsa, jika mereka menerima bantuan kecemasan," tegasnya.

"Syarikat-syarikat di Malaysia juga perlu mengadakan kursus pertolongan cemas tahunan bagi menyediakan pekerja mengurus situasi cemas di pejabat atau di rumah," katanya.

Selain itu, beliau turut menyarankan pendidikan pertolongan cemas dikembangkan kepada warga sekolah, terutamanya pelajar.

Seperti mana yang diajar kepada ahli Persatuan Pengakap, cara menghentikan pendarahan, membalut luka dan kaedah pertolongan cemas lain merupakan sesuatu yang amat berfaedah untuk dipelajari pelajar.

Ilmu ini akan memperkasakan semua peringkat usia di negara ini supaya tidak panik dan jelas dengan tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya kecederaan, sebelum dapat dihantar ke hospital.

Walaupun pertolongan cemas bukannya rawatan penuh untuk kecederaan, ia dapat meningkatkan peluang mangsa menerima pemeriksaan dan rawatan lanjutan di hospital.

Ilmu asas pertolongan cemas sekurang-kurangnya membolehkan anda membantu ahli keluarga dalam situasi kecemasan atau kemalangan.

Rabu, Januari 21, 2009

Cuepacs Boikot Kenaikan Harga Barang

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua pengguna bersama-sama memboikot barangan yang harganya naik melampau sebagai tanda bantahan terhadap peniaga.

Presidennya Omar Osman berkata, badan itu bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berkumpul di Plaza Tol Sungai Besi pada petang Ahad bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga begitu drastik.

“Cuepacs juga akan mengedarkan 30,000 risalah berkenaan kenaikan harga barang terutamanya 17 barang kawalan, dan risalah itu akan menyenaraikan jenis barang yang mengalami kenaikan harga melampau dan perlu diboikot,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Pengguna di Wisma Cuepacs di sini hari ini.

Omar berkata pengguna mempunyai kuasa amat besar dalam dunia perniagaan, sekiranya semua pengguna bersatu hati dan bersama-sama memboikot kenaikan harga barang ini akan memberikan kesan kepada peniaga.

“Bila kita bersatu hati boikot kenaikan harga ini, peniaga akan rasa tergugat dan mereka akan sedar kuasa pengguna, perkara ini pernah dilakukan dulu dan ada kesannya,” katanya.

Omar berkata usaha memboikot kenaikan harga barang ini akan berterusan sehingga berakhirnya musim perayaan dan bukan sahaja terhad untuk pengguna di kawasan Lembah Kelang tetapi turut meliputi seluruh pengguna di negara ini.

Beliau turut menggesa supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meningkatkan lagi aktiviti pemantauan supaya lebih agresif bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

“Daripada aduan yang diterima terdapat juga barang kawalan dinaikkan harga, jadi pemantauan perlu lebih kerap dijalankan,” katanya. — BERNAMA


Sekapur Sirih Setiausaha Agung Kesatuan


Ahli kesatuan Pembantu Tadbir,

Perteguh dan pertahankan kesatuan bagi meletakkan wadah perjuangan kerjaya ke satu persada yang di kagumi dan disegani. Usahakan bersama untuk menyinarkan kesatuan dengan berusaha untuk memberikan keyakinan kepada setiap Pembantu Tadbir untuk menjadi ahli.

Kekuatan berkesatuan dapat memperkembangkan minda dalam bentuk memberi input positif dan bernas dan juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan antara Pembantu Tadbir KKM dengan keunikan tugasnya dengan kepelbagaian bahagiannya memudahkan kita berinteraksi dan memahami konsep dan budaya dalam setiap bahagian.

Dengan adanya idea dan struktur tugas yang berlainan dengan menggunakan platfom kesatuan usaha-usaha penambahbaikan dari segi kerjaya dapat di bawa keperingkat Pengurusan Tertinggi KKM.

Dalam apa-apa perjuangan objektif utama kita adalah agar setiap usaha kita hendaklah selari dengan objektif KKM dan mempertahankan Konsep Budaya Korporat KKM iaitu Profesionalisme, Sifat Penyayang dan Kerja Berpasukan.

Persoalan yang kerap kita dengar “Apa Kesatuan dapat sumbangkan?” Pendapat saya masuk gelanggang dahulu (kesatuan) dan sama-sama kita memberi jawapannya. Setiap usaha yang murni walaupun kecil ataupun sedikit ianya tetap satu ibadah.

Hj Ahmad Khuzaimi bin Abdullah Khusnan
Setiausaha Agung
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia

Dari Meja Ketua Pengarang

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Pegawai-Pegawai Kanan Kesatuan yang baru memegang tampuk pimpinan Kesatuan kita. Semuga dengan perubahan dan peralihan ini akan memantapkan lagi Kesatuan Pembantu Tadbir Kesihatan yang sangat-sangat di kasihi.

Saya ingin menyeru dan menyarankan kepada semua Pembantu Tadbir Kesihatan terutama yang belum menyertai keahlian supaya memikirkan dan merenung sejenak kenapa tidak menyertainya dan janganlah sesekali melontarkan pertanyaan apa yang kesatuan telah buat untuk kita sebaliknya tanyalah apa yang kita boleh buat atau sumbangkan untuk kesatuan.

Sama-samalah kita berusaha dan memikirkan jalan terbaik untuk memajukan dan memantapkan lagi kesatuan. Renungkanlah kata-kata “Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh”.

Akhirkata kerjasama serta komitmen anda sekalian amat diperlukan dan sangat di hargai. Selamat Maju Jaya.

Ketua Pengarang
Ayob Karim

Isu - Isu Yang Telah Dibangkitkan


Isu – Kertas kerja Pembantu Tadbir Kesihatan

Cadangan – Mengkaji Semula Gred Permulaan, Gred Kenaikan Pangkat dan Gred Kenaikan Pangkat Seterusnya dalam Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir Kesihatan bersesuaian dengan peningkatan skop fungsi dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Keputusan : Masih dalam perhatian dan tindakan pihak KKM di Bahagian Skim dan Elaun


Isu – Keistimewaan Kelayakan Wad Kelas Satu bagi Pembantu Tadbir

Cadangan – Memandangkan Pembantu Tadbir adalah warga Kementerian Kesihatan Malaysia (tertutup) adalah wajar diberi keistimewaan kelayakan Wad Kelas Satu

Keputusan : Akan di bawa


Isu – Anugerah Tambang Menunaikan Haji Percuma

Cadangan – Memohon diberi kepada Pembantu Tadbir Kesihatan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun

Keputusan : Akan di bawa


Isu – Tugas Memungut Hasil

Cadangan – Hendaklah di pertanggungjawabkan kepada Pembantu Tadbir Kesihatan yang setaraf dengannya dan tidak kepada Pembantu Perawatan Kesihatan

Keputusan : Akan di bawa


Isu – Peperiksaan BITK

Cadangan – Memohon supaya tidak perlu hadiri peperiksaan BITK untuk melayakkan menerima Bayaran Elaun Tugas Kewangan RM80.00 dengan diberikan secara automatik kepada Pembantu Tadbir (Kew) yang menjalankan sepenuhnya tugas-tugas kewangan.

Keputusan : Akan di bawa