Jumaat, Januari 30, 2009

Rancangan Pengangkutan Awam RM 50 Billion

Kerajaan Selangor mengemukakan rancangan pengangkutan awam komprehensif termasuk perkhidmatan keretapi dan bot bagi mengatasi kesesakan yang serius di negeri itu.

Rancangan RM 50 Billion itu turut meliputi program untuk membersihkan Sungai Klang yang bertoksik dan menukarnya kepada laluan air sebagai laluan alternatif untuk warga Selangor, Kuala Lumpur dan pengunjung luar.

"Lebih 90 peratus dari lima juta rakyat Selangor berkereta ke tempat kerja, berbanding jumlah yang sama yang menggunakan pengangkutan awam di Hong Kong." Kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di Singapura dan Manila, separuh penduduk dua bandar itu menggunakan pengangkutan awam.

Kerajaan Selangor mahu meyakinkan pengguna kenderaan supaya beralih kepada sistem bas, bot dan keretapi dalam masa 10 tahun dari sekarang. - SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan