Khamis, Januari 29, 2009

Malaysia Bakal Terjejas

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing terbaik di rantau ini dikhuatiri bakal terjejas sekiranya kerajaan masih mengekalkan harga gas dan tarif elektrik pada paras semasa.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, pihaknya menaruh harapan agar kerajaan melalui agensi-agensi terbabit segera mempertimbangkan permohonan pihak industri supaya harga gas dan tarif elektrik diturunkan.

Katanya, pertimbangan itu perlu kerana kebanyakan syarikat pelaburan asing di negara ini terlibat dalam sektor kecil tenaga diperbaharui yang memerlukan penggunaan gas yang tinggi.

Kini, Petronas menjual gas kepada sektor tenaga pada harga RM14.31 setiap juta unit termal British (MMBtu) berbanding RM6.40 bagi setiap MMBtu sebelum Julai lalu.

Gas menyumbang 60 peratus kepada penjanaan elektrik manakala arang batu 30 peratus dan hidro di antara lima dan enam peratus dan selebihnya dari sumber tenaga lain.

Sumber Dipetik Dari Utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan