Rabu, Januari 21, 2009

Sekapur Sirih Setiausaha Agung Kesatuan


Ahli kesatuan Pembantu Tadbir,

Perteguh dan pertahankan kesatuan bagi meletakkan wadah perjuangan kerjaya ke satu persada yang di kagumi dan disegani. Usahakan bersama untuk menyinarkan kesatuan dengan berusaha untuk memberikan keyakinan kepada setiap Pembantu Tadbir untuk menjadi ahli.

Kekuatan berkesatuan dapat memperkembangkan minda dalam bentuk memberi input positif dan bernas dan juga dapat mengeratkan ikatan persahabatan antara Pembantu Tadbir KKM dengan keunikan tugasnya dengan kepelbagaian bahagiannya memudahkan kita berinteraksi dan memahami konsep dan budaya dalam setiap bahagian.

Dengan adanya idea dan struktur tugas yang berlainan dengan menggunakan platfom kesatuan usaha-usaha penambahbaikan dari segi kerjaya dapat di bawa keperingkat Pengurusan Tertinggi KKM.

Dalam apa-apa perjuangan objektif utama kita adalah agar setiap usaha kita hendaklah selari dengan objektif KKM dan mempertahankan Konsep Budaya Korporat KKM iaitu Profesionalisme, Sifat Penyayang dan Kerja Berpasukan.

Persoalan yang kerap kita dengar “Apa Kesatuan dapat sumbangkan?” Pendapat saya masuk gelanggang dahulu (kesatuan) dan sama-sama kita memberi jawapannya. Setiap usaha yang murni walaupun kecil ataupun sedikit ianya tetap satu ibadah.

Hj Ahmad Khuzaimi bin Abdullah Khusnan
Setiausaha Agung
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan