Rabu, Januari 28, 2009

Opsyen Pencen

Keputusan kerajaan menawarkan opsyen skim pencen kepada anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peluang kepada mereka untuk menikmati faedah persaraan yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pengumuman mengenainya November lepas menyebut bahawa mereka berkenaan yang memilih untuk menyertai skim pencen turut menikmati kemudahan perubatan dan ganjaran persaraan selepas bersara seperti yang dinikmati oleh golongan pesara yang lain.

Sehubungan itu, anggota sektor awam perlu membuat pilihan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari, 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Kiong berkata keputusan itu merupakan antara kesan daripada beberapa perubahan dasar baru persaraan dan pencen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk penambahbaikan faedah persaraan bagi kumpulan berkenaan.

Katanya, seramai 66,733 kakitangan awam terlibat setelah dasar baru tersebut diluluskan oleh Dewan Negara dan surat pekeliling bagi penukaran semula opsyen KWSP kepada skim pencen telah dikeluarkan pada 24 Disember.

Bacaan lanjut di laman web Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan