Rabu, Januari 28, 2009

Pakej Rangsangan Singapura RM 49 Billion

Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam mengatakan pakej rangsangan berjumlah S$ 20.5 Billion (RM 49.25 Billion) yang disediakan kerajaan ketika ini tidak akan segera memulihkan kemelesetan ekonomi negara ini secara serta merta.

"Kemelesetan adalah masalah global dan kita mesti melihat pada kontrak eksport, peningkatan pengangguran, di mana pertumbuhan ekonomi kekal rendah selama beberapa bulan dan mungkin sepanjang tahun." Kata Hsien Loong.

Bagaimanapun beliau mendakwa pakej rangsangan yang disediakan itu mampu membantu mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi.

Ekonomi Singapura dijangka menjunam sebanyak 5 peratus pada tahun ini dan merupakan kemelesetan terburuk pernah melanda negara ini.

Pada minggu lalu buat pertama kalinya kerajaan mengumumkan untuk menyediakan pakej rangsangan kewangan bagi membantu syarikat - syarikat yang berdepan krisis kewangan, selain menyelamatkan sektor pekerjaan.

Singapura turut berusaha meningkatkan kadar kelahiran negara ini dengan menggalakkan golongan muda mempunyai anak, di samping menyediakan insentif berupa potongan cukai bagi pasangan yang memiliki anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan